♥ I Follow! ♥

Klik Semua Ye!! Nak Tambah Duit Untuk Hari Tua.

Friday, February 24, 2012

Sharing Is Caring : Doa Untuk Mendapat Suami Yang Soleh




Wanita manakah yang tidak mahu mendapat seorang suami yang soleh? Yang boleh memimpin ketika di dunia dan akhirat, yang boleh mencintai dan menyayanginya kerana Allah SWT dan bersama-sama membina syurga cinta yang diidam-idamkan.

Subhanallah, alangkah untungnya diri jika mendapat suami yang soleh, yang sejuk mata memandang, rasa selamat dan tenang bila disampingnya walaupun perit jerih dirasai dalam melayari alam rumahtangga.

Seorang suami yang menjadi Imam, bersolat berjemaah bersama-sama... usai solat, si isteri mengucup tangan si suami, dan si suami akan mengucup dahi si isteri sambil memberikan senyuman paling manis penuh makna buat si isteri. Alangkah bahagianya rasa perasaan itu kan? :)

Bila dah berumahtangga, jika diizinkan Allah SWT, akan ada cahaya mata yang menyinari kebahagiaan yang sedia di kecapi. Anak-anak sebagai zuriat, penyambung keturunan, dididik dengan penuh tanggungjawab, diberikan pelajaran, dititikberatkan soal agama. MasyaAllah, alangkah sejuk perut si isteri yang mengandungkan anak-anak sedemikian.


Di waktu hendak tidur, si isteri dan si suami akan meminta maaf antara satu sama dengan yang lain, si isteri salam mengucup tangan si suami, nmengucup pipi, dahi.. peluk erat. Si isteri memohon maaf sekiranya ada kepincangan di siang hari dalam menguruskan rumahtangga, menjaga anak2.. meminta halal makan dan minum, dan tidur dalam keadaan berpelukan erat. Ya Allah, naz inginkan suami sebegini... :')

Di sepertiga malam, si isteri dan si suami mengerjakan solat Tahajjud bersama, jika si isteri liat bangun..si suami akan merenjiskan air ke muka isterinya, dan begitulah sebaliknya. Indah bukan perasaan itu? :) Teringin sekali mendapat suami yang sedemikian.... :)

Bersama-sama melayari bahtera perkahwinan dengan tolak ansur, bermusyawarah dalam melakukan setiap pekerjaan dan membuat keputusan. Biar tidak kaya, asalkan bahagia... bukan kekayaan yang dicari dalam hidup, tetapi kebersamaan yang diinginkan, sentiasa ada rasa cinta terhadap antara satu sama lain.

Bersyukur dengan rahmat Allah SWT, dan sentiasa melakukan ibadah bersama ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Ya Allah, impianku hanya 1...ingin mendapat suami yang boleh membimbing diriku, bersama-sama dalam melayari bahtera perkahwinan, yang menyayangiku kerana Allah SWT, yang dapat menjadi imamku...ketuaku... dan tempatku bersandarkan kasih syg. Semoga jodohku bakal menjadi suami yang soleh..InsyaAllah.

Jom kita sama2 mengamalkan doa ini...InsyaAllah, berkat daripada-Nya...kita akan mendapat suami yang soleh. Amin...


اللهم سعخر لي زوجا صالحا يخطبني ويتزوج بي ويكن سحبالي فى الدنيا والجنة



ALLAHUMMA SA'KHIRLI ZAUJAN SOLIHAN YAKHTIBUNI WAYATAZAUWAJUBI WAYAKUNU SAHIBANLI FIDDUNYA WALJANNAH

Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku seorang suami yang soleh, dia meminangku, mengahwiniku dan jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga






p.s : nukilan hatiku :)





2 sweet-sweet love:

iz said...

insyaallah..
yakin yang jodoh tu akan dtg =)

Adreynie Elisya said...

AInsyaallah, sntiasa berdoa spya dpt suami soleh!

waah, insap lak aku tetibaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...