♥ I Follow! ♥

Tabung Duit Kawen. Click Semua Ye ^^







Friday, April 6, 2012

Semuanya Dari Asas.





Setiap insan yang dah mendirikan rumah tangga, for sure akan ada satu keinginan dalam diri inginkan zuriat sebagai penyambung kasih sayang, pengerat cinta antara mereka suami isteri kan?

Tipu if ada yang mengatakan perasaan itu langsung tiada dalam diri mereka...dan ingin mereka hanya hidup berdua selamanya. Akan ada rasa cemburu kepada rakan-rakan yang baru berkahwin, tetapi dah dikurniakan zuriat. Itu sudah pasti.

Kata-kata di atas gambar naz petik dari status seorang adik di Facebook.. makna yang mendalam bukan? Penuh simbolik if difikirkan, lalu hati ini terdetik...adakah naz perempuan yang baik untuk menjadi asas yang kuat dalam rumah tangga yang akan dibina satu hari nanti (InsyaAllah) bagi melahirkan zuriat-zuriat yang baik yang akan menjadi seri di dalam sebuah perkahwinan?

Terfikir akan kekurangan diri...lack sana sini. Bab agama mungkin hanya beberapa peratus saja berbanding dengan diri si adik yang membuat status ni, yang mana beliau di usia muda begitu...sudah terdidik dengan asas agama yang cukup kuat. Di usia muda begitu suda menjadi tenaga pengajar @ ustazah. MasyaAllah...dah nampak dah masa depan dia sebagai seorang Isteri dan sebagai seorang ibu nanti...for sure anak-anak yang akan dilahirkan akan terdidik dengan sempurna sebagai insan yang amat kuat didikan agamanya. Si suami sudah tentu tidak perlu risau untuk meninggalkan anak-anak dengan ibunya, kerna agama yang ada pada si ibu... dia akan mendidik anak-anak, rapat dengan anak-anak.

Alangkah bahagiannya mempunyai keluarga sebegitu kan? Ada seorang wanita yang digelar isteri, ibu...mengajar anak-anak mengaji, mengenal huruf-huruf Alif, Ba, Taa... dan bila ditanya kepada si anak..siapakah yang mengajar kamu Alif, Ba, Taa...si anak akan menjawab.. "Ibu". Suda tentu si ibu akan rasa bangga dan bertuah kan mempunyai anak sedemikian?

Apa yang naz ingin katakan, semuanya bermula dari asas. Sebelum berkahwin, membuat pilihan... perlulah dinilai kekuatan agama dalam diri suami/isteri... itulah yang akan menjamin kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina. Perkahwinan bukan hanya setakat menghalalkan segala, dan bukan semata-mata kerna seks...tetapi kerna niat, ingin beribadah kerna Allah SWT. Perkahwinan yang akan membawa kita hingga ke Syurga.. InsyaAllah.

Sebelum berkahwin, persiapkan diri dengan pengetahuan agama. Si suami, sebagai pemimpin..harus tahu akan tanggungjawabnya, ingat tentang amanah yang diberikan kepadanya, dia sebagai ketua keluarga yang akan mencorakkan keluarga itu. Si isteri juga begitu, sekiranya ada kekurangan dalam soal agama.. isikan dada dengan ilmu, belajar...jgn malu, walaupun usia dah menginjak naik 30 tahun, ilmu ni takde had umur untuk di pelajari..selagi boleh dikaut segala ilmu tu...tak salah untuk dipelajari. 

Wallahuaklam.



2 comments:

fahmie firas said...

Jumpa anda di blog Ben Ashaari..
Nice Blog  Jemput singgah ke blog saye.
Budak baru mahu belajar, komen la ea, TQ
fahmieaustin.blogspot.com

Norasiah Nasir said...

InsyaAllah naz..Allah maha mengetahui..