♥ I Follow! ♥

Tabung Duit Kawen. Click Semua Ye ^^







Tuesday, November 20, 2012

Itu Sebabnya Rupanya.

Salam readers...

Pic Source : Google


Baru balik dari mengurut badan. Actually tujuan utama nak perbetulkan salah urat. Naz tersalah urat kat pinggang. Nak dekat seminggu lebih sakitnya. Terbatas pergerakan. Nak solat (rukuk) susah..baring tido susah..mengiring sakit. 

So, akhirnya hari ni dapat gi memperbetulkan urat dengan cara tradisional. Tempat naz slalu mengurut hampir setiap bulan. Actually dari hari kedua kena benda ni dah naz sms dia untuk set kan masa mengurut, tapi dia terlepas pandang. So hari ni, naz sms mak dia...baru la dia yg reply. Alhamdulillah...rupanya dia sibuk sket sbb minggu lalu anak2 dia sakit.

Tapi alhamdulillah la...hari ni dapat mengurut perbetulkan urat. Sakit bukan main. Memang orang berpengalaman, dia trus spot tempat yang sakit. Menjerit kemain la kan..huhu. Tapi awal-awal la...lepas mengurut, alhamdulillah...ada kurang sket. Naz dah bole rukuk masa disuruh buat demikian. Syukur...Allah memperkenankan cara ni utk naz sembuh kembali.

Sadis jgk..bila diurut, rupanya peranakan naz jatuh lagi. Ni antara sebab kenapa sakit pinggang naz makin menjadi-jadi sakitnya. Kali akhir naz urut untuk naikkan saluran peranakan time jatuh sangat rasanya masa 4-5 tahun yang lepas.

Sampai akak tu tanya, naz ada jatuh terhempas ke? Mungkin ada naz silap makan...makanan sejuk berangin kot. Tapi, dalam sebulan ni..naz berpantang..akibat batuk. Batuk plak semakin kurang, tapi yang menyebabkan sakit kat bahagian pinggang, sebab tiap kali batuk..ia menarik urat tu. Tu yg sakit. Memang masa dia 'naikkan' peranakan ke tempat asal tu..sangat terasa 
'benda' tu naik.. huhu, sakit memang sakit. Tapi okeyla, naz dah pnh buat..jadi bole tahan lagi.

Harapnya, lepas ni naz akan dapat pulih seperti biasa. InsyaAllah. Syukur naz dah memang dah mengamalkan urutan badan secara tradisional hampir tiap bulan. Badan dah lembut kata kakak tu. Hee. 

Sebagai wanita, kena jaga kesihatan. Kena rajin mengurut..nanti dah nikah, ada anak kendian...badan dah biasa terima urutan takkan sakit. Terutama time berpantang tu...memang kena urut. So, kepada wanita2 yang belum berkahwin...rajin2kan diri anda untuk mengurut badan. Carilah bidan yang betul2 pandai mengurut. Kang ambik yg sebarangan, lain plak jadinya. Huhu.

So now, naz nak rehat. Sakit memang sakit lagi, bekas urut jer la.. Pinggang alhamdulillah.


p.s : buat masa ni, naz kena pantang dari makan kacang, sayur kacang sume tu. Huhu, angin tu.